Assalamualaikum
Kehadapan Enchik Suami yg terchenta,
Diharap Enchik Suami sihat sejahtera dan berada dalam lindungNYA selalu..Tujuan Umi menulis ini hanyalah untuk menunjukkan betapa gigihnya anak kita Nur Iman Irdina pergi ke sekolah..
Suamiku yg terchenta,
Lihatlah buktinya Suamiku..Kasut dalam gambar ini baru berusia kurang dari sebulan. Kalah kasut kulit bertahun awak pakai tu..Opssss..itu sudah semestinya kan..Kasut kulit tu berharga RM100+ manalah boleh tandingi dengan kasut sekolah yg berharga RM25.90 tu..Lagi pun jahitan kasut sekolah ini tak sekemas dan secantik kasut kulit yg saya hadiahkan untuk awak tu.
Suamiku yg baik hati,
Beleklah gambar kasut ini dengan sepenuh hati.Tataplah ia dgn penuh rasa chentanya yang berbunga-bunga agar kamu tidak akan mengeluh nanti sewaktu saya meminta budget untuk membeli kasut sekolah yg lebih kemas jahitannya, kukuh dan tahan lasak sewaktu diberus oleh saya.
Sampai disini sahajalah yang mampu saya coretkan untuk tatapan awak Suamiku yang terchenta. Apapun harapan saya biarlah kali ini budget yang diberikan lebih dari RM100.00. Ini kerana saya pon teringin nak beli kasut baru wahai Suamiku yang terchenta...
Sekian, Wassalam
Yang Benar,
Supermak yg nak beli kasut.
hehehheee..cumiiilll jer surat nehh...secumill supermak.... ;-)
ReplyDeleteMuheheheheh...Dah lama tak hantar surat chenta..sekali karang..ayat tonggang terbalik sudah..
ReplyDelete